Khamis, 17 Disember 2009

Mana YB Ketika Petani Berjuang Demi Sesuap Nasi?

Oleh: HJ.WAHAB TIMPAI (sabahkini)

PARA Petani sawah padi di kampung Gunting dalam kawasan Parlimen P181 Tenom Sabah, masih lagi dengan cara lama untuk mendapatkan sumber air dengan membuat empangan menggunakan karung secara bergotong royong anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).


Pengerusi JKKK di kampung itu, Laiju Bajit yang mengetuai kerja gotong-royong itu menemui wartawan Sabahkini.net memberi tahu bahawa mereka (petani) tiada pilihan lain terpaksa menggunakan karung membut empangan kerana belum ada tanda-tanda positif reaksi kerajaan dalam permohonan yang dibuat oleh JKKK mengenai pembinaan empangan baru.

Gotong-royong membina empangan sementara itu dilakukan setelah empangan lama itu ditutup sepenuhnya oleh pemilik tanah terbabit yang kini kawasan itu diusaha dalam tanaman kelapa sawit, kata Laiju.

Bagaimanapun, tambah Laiju, Empangan baru dibina itu hanya dapat dilaksanakan oleh JKKK setelah pemilik tanah itu menanda tangani surat persetujuan memberi laluan korek parit untuk memberikan air sawah padi petani di kampung terbabit tanpa syarat.

Turut menyertai gotong royong itu Ketua Kampung Gunting K.K. Bakit Bajit, di samping menasihatkan semua petani di dalam jagaannya itu supaya tidak mementingkan diri sendiri sehingga orang lain tidak mendapat air.


Tiada ulasan: