BERNAMA
KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat semalam diberitahu dari Mac 2008 hingga Ogos 2009 seramai 304,358 rakyat negara ini telah berhijrah ke negara lain.
Timbalan Menteri Luar, Senator A Kohilan Pillay berkata, bagi 2007 pula, jumlah rakyat Malaysia yang berhijrah ke luar negara adalah seramai 139,696 orang.
“Antara faktor penghijrahan tersebut kerana pendidikan, ekonomi seperti bekerja dan berniaga selain faktor mengikut pasangan,” katanya semasa menjawab soalan Chua Tee Yong (BN-Labis) yang ingin tahu berapa ramai warga Malaysia yang telah berhijrah bagi setiap bulan sejak Mac 2008 hingga Ogos 2009 dan berbanding keseluruhan 2007.
Mengenai soalan tambahan, Dr Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) yang ingin tahu langkah kerajaan untuk membendung masalah penghijrahan rakyat negara ini khususnya mereka yang pakar seperti jurutera, Kohilan berkata, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) dan Kementerian Sumber Manusia sedang berusaha membawa balik mereka melalui program brain gain dan juga program memanggil balik rakyat negara ini,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan