Agensi
JEDDAH: Operasi mencari, menyelamat dan pemulihan kawasan banjir di sini diteruskan kelmarin dengan pihak berkuasa mengurangkan angka kematian yang dilaporkan Sabtu lalu dari 106 kepada 105 orang.
Mematuhi arahan Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Abdullah, Gabenor Jeddah, Putera Mishaal Majed mengarahkan satu jawatankuasa Kementerian Kewangan memberi pampasan kepada mangsa banjir pada kadar mingguan SR2,400 (RM2,173.07) bagi sebuah keluarga melebihi dua orang.
Putera itu juga mengarahkan Jabatan Hal-Ehwal Kesihatan membayar kos rawatan mangsa di hospital kerajaan dan swasta.
"Jawatankuasa perumahan kerajaan menyediakan pangsapuri kepada 2,186 mangsa yang mana rumah mereka musnah atau rosak ketika banjir.
"Jawatankuasa juga cuba mencari tempat tinggal bagi mangsa selebihnya," kata Kapten Abdullah Al-Amri, jurucakap Pertahanan Awam di Makkah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan