BERITA HARIAN ONLINE
KLANG: Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam hari ini membuat laporan polis mengenai dakwaan penyalahgunaan kuasa membabitkan seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung pemberian kontrak bernilai RM7.5 juta.
Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) di sini, jam 11.30 pagi tadi.
Dalam aduan itu, Manikavasagam mendakwa satu kontrak membuat pakaian seragam SPRM bernilai RM7.5 juta yang diberi kepada satu syarikat tanpa melalui proses tender terbuka.
Manikavasagam mendakwa beliau mempunyai semua dokumen berkaitan kontrak berkenaan yang diberi oleh sumber yang boleh dipercayai.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop mengesah menerima laporan yang dibuat Manikavasagam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan