Sabtu, 2 Mei 2009

Surat tawaran IPTA mulai Isnin

Bernama


KUALA LUMPUR: Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memohon kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA), boleh mencetak surat tawaran melalui laman web IPTA mulai Isnin ini.

Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan berkata, IPTA akan mengeluarkan surat tawaran rasmi kepada calon terpilih pada tarikh sama.

Pemohon boleh menyemak status permohonan mulai semalam melalui talian Helpline 03-88835848, Hotline 03-88835858, laman web http://upu.mohe.gov.my; http://www.ipt.utm.my dan http://ipt.uum.edu.my ataupun menerusi SMS dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) dan hantar ke 15888.

Mulai sesi akademik 2009/2010, semua calon yang berjaya wajib membuat pengesahan setuju untuk menerima tawaran dari IPTA dalam tempoh tujuh hari pada atau sebelum 10 Mei dan pengesahan penerimaan tawaran boleh dibuat melalui laman web IPTA.

Tarikh pendaftaran baru ke IPTA adalah 28 Jun ini, bagaimanapun pendaftaran pelajar ke Program Asasi dimaklumkan oleh IPTA berkenaan melalui surat tawaran.

Hanya calon gagal menerima tawaran ke IPTA dibenarkan mengemukakan rayuan melalui aplikasi e-Rayuan ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi dalam tempoh 10 hari bekerja selepas permohonan kemasukan diumumkan melalui http://upu.mohe.gov.my.

Tarikh tutup permohonan e-Rayuan adalah pada 15 Mei ini dan keputusan rayuan akan dimaklumkan pada minggu ketiga Julai.

Jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA sehingga 31 Julai maka rayuan mereka dianggap gagal.

Tiada ulasan: