Sabtu, 2 Mei 2009

SUK Negeri Perak Salah Guna Kuasa Sekat Media : Sivakumar

Anna Yusof


KUALA LUMPUR : Tindakan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak menyekat media membuat liputan sidang Dewan Undangan Negeri 7 Mei depan bertentangan dengan bidang kuasa Speaker

Menurut Perintah-Perintah Tetap 84, Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak, Speaker sebagai yang dipertua Dun boleh mengeluarkan kebenaran kepada wakil mana-mana organisasi media untuk menghadiri persidangan Dewan di bawah apa-apa peraturan yang dikeluarkannya dari semasa ke semasa.

Hanya sekiranya mana-mana wakil media didapati melanggar peraturan-peraturan itu, maka kebenaran itu boleh dibatalkan.

Speaker Dun Perak, V. Sivakumar mencabar Setiausaha Kerajaan Negeri, Dr Abdul Rahman Hashim sama ada perintah-perintah tetap ini memberi kuasa kepada beliau untuk mengeluarkan arahan menyekat mana-mana media membuat liputan sidang.

Apa yang dilakukan jelas merupakan salah guna kuasa menurut Sivakumar lagi.

Tiada ulasan: