BERITA HARIAN ONLINE
PUTRAJAYA: Kabinet bersetuju permit import (AP) ayam diliberalisasikan bagi memastikan harganya stabil dan stok dalam negara mencukupi pada masa depan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia bagi mengelakkan pembekal dan peniaga tempatan terlalu bergantung kepada bekalan dalam negara, selain menggalakkan mereka menjual pada harga rendah.
"Jika ayam import dijual dengan harga murah, tentu pembekal dan peniaga yang mendapat bekalan tempatan akan menjual pada harga lebih rendah," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pasca Kabinet di kementeriannya di sini, semalam.
Beliau berkata AP ayam adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kabinet mengarahkan kementerian itu melaksanakan liberalisasi itu secepat mungkin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan