Wartawan Haeakah
KOTA BHARU - Pemimpin PAS usah terperangkap agenda musuh dengan membincang secara terbuka isu kerajaan perpaduan serta polemik ulama dan profesional dalam kepimpinan parti.Sedangkan krisis sebenar sedang bergelombang di Perak dipencilkan media harian yang dekat dengan Umno.
"Sepatutnya isu terbabit lebih diberi perhatian kerana media harian cuba melelapkan krisis tersebut daripada diketahui rakyat.
"Tak perlulah hendak perdebatkan isu dalaman PAS secara terbuka kerana masing-masing ada hujah tersendiri. Perwakilan PAS boleh menilai siapa yang layak diangkat sebagai pemimpin," kata seorang pemerhati politik di sini.
Sedangkan katanya konflik politik di Perak akan berada di puncak pada Khamis ini apabila persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) diadakan
Ini kerana kerajaan kudeta Barisan Nasional (BN) cuba menutup ruang serapat mungkin terhadap apa yang berlaku pada hari tersebut diketahui umum.
Buktinya apabila Setiausaha Kerajaan Negeri cuba menghalang media tidak proUmno hadir membuat liputan persidangan berkenaan.
Mengulas situasi yang bakal berlaku Khamis ini Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin tidak menolak kemungkinan kekecohan akan berlaku memandangkan terdapat dua kerajaan di Perak sekarang.
"Tidak dapat ditolak kemungkinan akan berlaku adegan berebut kerusi. Saya sebagai Menteri Besar akan menduduki kerusi dekat dengan Speaker.
"Sebagai ketua kerajaan saya juga berhak menyerah titah ucapan diraja kepada Tuanku untuk dibaca pada perasmian persidangan tersebut," katanya menjelaskan krisis di Perak pada ceramah di Putik, malam kelmarin.
Menurutnya, Speaker V Sivakumar difahamkan akan memastikan tiga Adun yang melompat parti sebelum ini tidak berada di dalam Dun ketika persidangan berlangsung.
"Saya tidak boleh bayangkan apa yang berlaku pada hari tersebut dan tidak dapat ditolak kemungkinan persidangan Dun akan ditangguh sekiranya suasana kelam kabut tidak dapat dikawal.
"Kita yakin penyokong PAS dan Pakatan Rakyat sudah matang dan tidak akan membuat sesuatu di luar peraturan, biar pun kita tahu Umno mungkin menggunakan samseng," ujarnya.
Menurut beliau sekiranya persidangan Dun tidak dapat diadakan pada tarikh tersebut masalah akan berlaku kerana tempoh enam bulan daripada persidangan tahun lepas akan berakhir.
Sedangkan katanya kerajaan Pakatan Rakyat masih mempunyai tempoh sehingga September depan memandangkan sidang terakhir diadakan di bawah pokok baru-baru ini.
Nizar yang juga anggota parlimen Bukit Gantang berkata, seramai 812 ketua kampung yang menang melalui pemilihan sebelum ini akan membuat laporan polis terhadap kerajaan BN sekiranya mereka dipecat.
Menurutnya Menteri Besar kerajaan kudeta Perak, Dato' Dr Zambry Abdul Kadir difahamkan telah menulis surat memecat mereka dan diganti dengan jawatankuasa kemajuan keselamatan kampung persekutuan (JKKKP). - mj _
Tiada ulasan:
Catat Ulasan