Isnin, 20 April 2009

DAP tidak mahu Ketua Menteri Sabah diganti

BERNAMA


KOTA KINABALU: Jimmy Wong (DAP-Sri Tanjong) mahu Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dikekalkan sebagai pemimpin negeri.

Beliau berkata, ini berikutan pelbagai pembangunan yang berjaya dilaksanakan untuk rakyat di Sabah.

"Perdana Menteri sudah berubah. Saya berharap ketua menteri Sabah sekarang tidak akan diganti.

"Sabah kini banyak berubah dan semakin membangun.

"Ekonomi kebanyakan rakyat miskin juga semakin baik," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau juga berharap kerajaan negeri tidak putus membawa pembangunan kepada rakyat kerana masih terdapat golongan yang masih menunggu pembelaan.

"Saya berharap Datuk Seri Musa dan anggota kabinetnya bekerja lebih keras dan lebih tekun lagi kerana banyak lagi projek pembangunan yang perlu dilaksanakan," tambahnya.

Tiada ulasan: