Khamis, 3 Disember 2020

Wanita maut dihempap kenderaan terjunam .

GEORGETOWN: Wanita berusia 49 tahun maut selepas dihempap kenderaan yang terbabas sebelum menjunam daripada ketinggian enam meter di perkarangan kondominium di Jelutong dekat sini, hari ini.

Mangsa dikenal sebagai Kim Hui Ping dari Solok Tembaga, di sini, disahkan maut di tempat kejadian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.54 pagi.

"Terdahulu, kereta Toyota Vios yang dipandu wanita berusia 71 tahun terbabas daripada kawasan perkarangan kondominium terbabit.

"Kenderaan itu terjunam dari ketinggian enam meter lalu menghempap mangsa yang sedang berjalan kaki," katanya kepada BH, di sini.

Pemandu kenderaan terbabit yang tersepit berjaya dikeluarkan dan mengalami kecederaan sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang bagi mendapatkan rawatan lanjut.

"Mayat mangsa turut dibawa ke hospital yang sama bagi tujuan bedah siasat," katanya.

Tiada ulasan: