Jumaat, 26 April 2019

RON97 naik 1 sen

siti hafidah 

Harga runcit petrol RON95, diesel masih kekal


BANGI– Harga runcit bahan api bagi petrol RON97 naik sebanyak satu sen seliter iaitu daripada RM2.80 seliter kepada RM2.81 seliter mulai jam 12.01 tengah malam ini hingga 3 Mei 2019.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata, harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter.

“Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM (Automatic Pricing Mechanism), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh 27 April sehingga 3 Mei 2019 sepatutnya naik satu sen seliter daripada RM2.50 seliter kepada RM2.51 seliter dan naik dua sen seliter daripada RM2.46 seliter kepada RM2.48 seliter.

“Namun, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh di atas adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat,” katanya.

Dalam kenyataan sama, kementerian itu berkata, anggaran tanggungan subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan dalam tempoh berkenaan adalah sebanyak RM133.62 juta.


Tiada ulasan: