Sabtu, 27 April 2019

Raja-Raja Melayu sudah lama tidak kebal – Tommy

Mohammad Arif Nizam
MGF27042019_FORUM-MALAYSIA-DAN-STATUT-ROM04-681x454
Peguam Negara, Tommy Thomas bercakap pada Forum Malaysia dan Statut Rom di Auditorium Tun Suffian, Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI,

KUALA LUMPUR – Peguam Negara, Tommy memberitahu kekebalan Raja-Raja Melayu sudah lama terhapus sejak 25 tahun lalu.

Jelas beliau, ini kerana Perlembagaan Persekutuan telah dipinda pada 1993 dengan menubuhkan Mahkamah Khas bagi kesalahan yang dilakukan Raja-Raja Melayu.

“Apa yang berbeza ketika ini apabila rakyat biasa diadili di mahkamah biasa manakala Raja-raja Melayu dibawa ke Mahkamah Khas,” katanya.

Tommy menambah, Statut Rom hanya dikuatkuasa sekiranya polis di Malaysia tidak melakukan siasatan dan tidak ada pendakwaan dari Pejabat Peguam Negara terhadap kesalahan yang dilakukan.

“Bermula dari situ, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) akan masuk campur.

“Malah selepas kita tandatangani Statut Rom, kesalahan lampau juga tidak diambil kira lagi,” katanya.

Tommy berkata demikian ketika berucap pada Forum Awam & Statue Rom di Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya di sini hari ini.

Selain Tommy sebagai panel, forum itu turut menampilkan anggota G25 Datuk Noor Farida Ariffin, pakar perlembagaan undang-undang Professor Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi dan peguam Lim Wei Jiet serta ahli politik veteran, Dr Syed Husin Ali.

Penganjur forum merupakan aktivis pelajar Asheeq Ali Sethi Alivi. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: