Rabu, 18 April 2018

Saifuddin Sedia Ganti Mohd Rashid Hasnon Di DUN Pantai Jerejak

 

 



Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail memberitahu bakal bertanding di salah satu kerusi DUN di Pulau Pinang, namun enggan mengesahkan kerusi tersebut.

Bagaimanapun, Saifuddin tidak mahu menafikan bahawa beliau bakal bertanding di DUN Pantai Jerejak yang dimenangi oleh ADUN PKR, Datuk Mohd Rashid Hasnon, penyandang Timbalan Ketua Menteri I, Pulau Pinang.

“Beliau (Saifuddin) berkata ia boleh jadi kerusi Pantai Jerejak yang dipegang oleh Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mohd Rashid Hasnon.

“Justeru itu ia meniupkan spekulasi bahawa beliau akan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri I jika menang kerusi itu,”lapor The Star.

Dalam pada itu Saifuddin turut menzahirkan minat untuk bertanding semula di Parlimen Kulim-Bandar Baharu walaupun pernah tewas pada PRU 13.

“Saya yakin dapat melakukan lebih baik kerana majoriti saya kalah tidaklah begitu tinggi,” kata Saifuddin yang telah memberikan ceramah di Kulim beberapa bulan lalu.

Apabila ditanya sama ada ia bakal mewakili dua negeri yang berbeza, Saifuddin berkata ia tidak akan menjadi isu logistik kerana Kedah adalah negeri jiran Pulau Pinang

Sumber-sumber PKR berkata, Mohd Rashid bakal diletakkan di salah satu DUN kerusi negeri di Johor, namun beliau menyatakan tidak berminat bertanding di Johor walaupun kampung halamannya adalah Muar.

Kegagalan peranan Mohd Rashid dalam memperkasakan sokongan Melayu di Pulau Pinang mula diperkatakan selepas Saifuddin dilantik sebagai penasihat strategi kerajaan Pulau Pinang pada Januari 2017.

Sebelum ini Mohd Rashid sendiri mengakui pelantikan Saiffuddin adalah untuk meningkatkan sokongan orang Melayu kepada Pakatan Harapan di negeri tersebut.

Tiada ulasan: