Jumaat, 23 Februari 2018

Korban pertama tol Sungai Rasau

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Seorang pengawal keselamatan maut selepas kereta yang dipandunya terbabas selepas bergesel dengan lori milik syarikat kontraktor yang sedang meroboh Plaza Tol Sungai Rasau, semalam.
 
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, Faisal Nor Azlan, 31, yang berkerja di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz, dekat sini, disahkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan tangan.
 
Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, Asisten Superintendan Muhammad Irwani Nooruldin, berkata kemalangan itu berlaku kira-kira 1 kilometer dari plaza tol yang sudah tidak beroperasi itu, di Lebuhraya Persekutuan menghala ke Kuala Lumpur.
 
"Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan ke Shah Alam dari arah Klang dan setibanya di lokasi, mangsa yang dipercayai memandu laju terlanggar bahagian sisi belakang lori yang ketika itu sedang menjalankan kerja pemasangan papan tanda.
 
"Akibat pergeseran itu, kereta mangsa berpusing sehingga ke lorong paling kiri lebuh raya berkenaan," katanya kepada NSTP di sini, hari ini.
 
Tambah beliau, mayat mangsa yang tersepit pada bahagian pemandu berjaya dikeluarkan dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.
 
"Pemandu lori berusia 38 tahun turut mengalami kecederaan pada bahagian kepala akibat kemalangan itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya

Tiada ulasan: