Selasa, 1 Ogos 2017

SPRM mahu teliti laporan audit negara

ANTARAPOS.COM
 
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Satu pasukan khas akan ditubuhkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat laporan audit negara sekiranya terdapat isu rasuah atau salah guna kuasa.
 
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, pihaknya telah menerima laporan yang dikeluarkan semalam, dan pegawainya akan menelitinya secara terperinci.
 
“Kita telah mengenal pasti beberapa isu dan selepas meneliti laporan audit tersebut, kita akan ambil tindakan seterusnya,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pelancaran Sahabat Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) SPRM di Hotel Ansa, Bukit Bintang di sini hari ini.
 
Semalam laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 1 dibentangkan di Dewan Rakyat.
 
Antara yang dilaporkan adalah, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional) mengalami kerugian terkumpul pada akhir 2015 berjumlah RM209.28 juta.
 
Kerugian itu disebabkan faktor tadbir urus korporat kurang memuaskan. 
 
Audit juga mendapati tiada kajian menyeluruh dijalankan untuk menilai keberkesanan penggunaan dana oleh usahawan.
 
Laporan itu menyatakan antara kerugian melibatkan kegagalan pelaksanaan Portal Keusahawanan Tekun, Kad Komuniti UsahawanTekun dan Cyber Mall yang kesemuanya berjumlah RM872,035.
 
 

Tiada ulasan: