Ahad, 2 Julai 2017

Guan Eng bimbang pembangkang tak sedia hadapi PRU14

 

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, mengakui beliau bimbang terhadap keadaan semasa Pakatan Harapan yang mungkin tidak dapat menyelesaikan sebarang isu bersama.

Bagaimanapun Lim kemudian menegaskan, dengan masa yang mencukupi gabungan pelbagai parti pembangang itu akan bersedia menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

"Saya bimbang, tetapi jika anda mengingati semula pada 2008, kita pun tidak bersedia namun pembangkang pada masa itu memenangi lima negeri.

"Kali ini kita tidak melihat kepada tsunami 2008 tetapi kita melihat tsunami Malaysia," katanya pada majlis memperkenalkan buku The People's Chief Minister - Lim Guan Eng di Petaling Jaya hari ini.

Lim menjawab satu soalan daripada pengacara majlis itu yang bertanya mengenai kebimbanan parti pembangkang tidak dapat bersatu ketika PRU ke-14 semakin hampir.

LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: