Khamis, 16 Jun 2016

Sokongan Azmin bukan jaminan PAN akan menang PRK - Khairuddin Othman

Oleh Nur Atiqah Abd Samad
  Post Pic

SHAH ALAM: Sokongan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali terhadap calon Parti Amanah Negara (PAN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar belum tentu menjamin kemenangan parti itu pada 18 Jun ini, kata Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman.

"Saya ingat faktor sokongan MB tidak ada kena mengena, kalau MB tak sokong (PAS) pun (keadaan) tiga penjuru ni semua orang tahu agak sukar kerana berlaku pecahan undi.

"(Calon PAN) tidak boleh menang sebab kalau kita tengok rekod PRN Sarawak di Batu Kitang yang mana Azmin konsisten letak calon PKR berlawan dengan DAP dan BN pun kalah juga," katanya.

Malah beliau melihat sokongan ADUN Bukit Antarabangsa itu kepada calon PAN tidak lebih sekadar meraikan rakan komponennya dalam Pakatan Harapan.
       
"Saya ingat sokongan Azmin itu bukan sebagai menteri besar tapi sebagai Timbalan Presiden PKR. Jadi saya tiada hak untuk persoal hal parti," ujarnya.

Ketika ditanya mengenai adakah perkara ini menjejaskan hubungan PAS-PKR di Selangor, Khairuddin mengambil pendekatan untuk tunggu dan lihat selepas PRK nanti.

"Perkara itu terserah sendiri kepada MB, jadi saya ingat benda ni masih baru lagi jadi kita tunggu dan lihat apa akan berlaku selepas (PRK) ini," jelas beliau.

Semalam Azmin hadir di Majlis Iftar Perdana di Sungai Panjang bersama Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Beliau menjelaskan kegagalan untuk hadir membantu kempen pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar disebabkan perlu mengiringi Sultan Selangor dalam program bersama rakyat hampir setiap malam pada bulan Ramadan.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi PAN Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, menyifatkan ia sebagai petanda bahawa hanya Azmin yang mempunyai hubungan dengan PAS dan bukannya PKR.

"Sebenarnya (hubungan) PKR dan PAS ini kalau tengok dari segi prinsipnya, (antara) parti dia tak ada hubungan cuma Azmin sahaja.

"Jadi bila Azmin dah tunjukkan sokongan dan buat kempen untuk calon Amanah (PAN), itulah sebenarnya PKR. Hubungan Azmin dengan PAS ini adalah sekadar bukan rasmilah.


Tiada ulasan: