Selasa, 14 Jun 2016

PRK Sg Besar: Budiman mahu nyanyi lagu Tamil jika menang

MALAYSIAKINI


Calon BN, Budiman Mohd Zohdi berjanji untuk menyanyikan lagu Tamil jika pengundi berbangsa India memberi undi mereka kepadanya pada 18 Jun ini.

“Jika anda undi saya, saya akan menyanyi semasa Deepavali," kata Budiman secara berseloroh dalam perjumpaan dengan usahawan India di Sungai Besar.

Pada masa yang sama, ahli dewan undangan negeri Sungai Panjang itu turut berjanji akan mengambil seorang pegawai khas berbangsa India jika menang nanti untuk memberi perkhidmatan lebih baik kepada masyarakat itu.

Sementara itu, di pihak pakatan pembangkang, ketuanya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilihat menyampaikan hadiah cabutan bertuah dalam usaha memenangi hati rakyat kawasan itu.

Ramai di kalangan pemenang adalah kanak-kanak yang membawa pulang seterika dan pengisar serta banyak lagi peralatan elektrik lain.

Wan Azizah kemudian memberikan ucapan dengan jenaka tentang beliau belajar mengira dalam bahasa Tamil dan bagaimana dia belajar membuat ubi bengkang dengan baik.

"Orang ini (Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh) telah makan dan masih hidup, jadi mestilah baik," katanya secara berjenaka, sebelum terus meminta pengundi memilih calon AMANAH, Azhar Abdul Shukur.

Tiada ulasan: