Rabu, 8 Jun 2016

PRK Kuala Kangsar: Saya tiada minat jadi rakyat

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
KUALA KANGSAR: Calon PRK Kuala Kangsar Prof Dr Ahmad Termizi Ramli daripada Parti Amanah Negara (PAN) berkata beliau tiada minat menjadi wakil rakyat dan selesa hidup dengan pencen daripada kerajaan.
 
"Saya tak ada kepentingan dari segi kehidupan untuk  menjadi wakil rakyat, kerana Alhamdulillah sebagai profesor, pencen saya dah cukup,” katanya.
 
Persetujuannya untuk bertanding di Kuala Kangsar kata Ahmad Termizi, adalah cuma untuk “membayar kembali wang-wang membiayai saya dari poket tuan-tuan,” katanya kepada dalam ceramah dengan pengundi Cina di Taman Jerlun malam tadi.
 
Calon PAN  itu nampak marah kerana di label sebagai kuda tunggangan DAP untuk mencantas PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar.
 
“Saya sebagai khadam kepada rakyat Malaysia.Jadi beritahu kepada sahabat-sahabat di sana saya bukan khadam DAP,” kata beliau.
 
Pimpinan PAS menyifatkan PAN sebagai 'parti pengacau', yang  bersedia menyokong apa juga tindakan DAP walaupun menggelarnya dirinya juga sebagai parti bertunjangkan islam.
 
Pada PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar, PAN meletakkan harapan semata-mata kepada DAP untuk meraih undi Cina bagi mencatat sokongan lebih tinggi daripada calon PAS.
 
Naib Presiden PAN, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang turut berucap malam tadi, memperlekeh PAS apabila menyifatkan pertarungan PRK berkenaan hanya saingan antara Pakatan Harapan dan Berisan Nasional.
 
"Ini (Kuala Kangsar) bukan empat penjuru.. PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar hanya dua penjuru, dua pilihan saja iaitu sama ada anda undi BN ataupun Pakatan Harapan,” katanya.
 
 

Tiada ulasan: