Isnin, 13 Jun 2016

PKR mahu SPR tegur Zahid

PKR mahu SPR tegur Zahid
Izzah bersama Seketeriat Mahasiswa Pakatan Harapan ketika sidang media, hari ini. - Foto Sinar Online


SUNGAI BESAR - PKR menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi teguran kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berikutan kenyataannya yang didakwa memberi bayangan akan memeriksa peti undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, SPR perlu memberikan teguran memandangkan badan tersebut sebelum ini menyatakan bahawa mereka tidak pernah menyebelahi mana-mana pihak untuk mengambil tindakan.

"Tidak pernah saya dengar kenyataan seperti ini sepanjang hidup saya.

"Beliau tidak boleh mengugut pengundi seolah-olah menteri-menteri BN mempunyai akses kepada pengundi dan siapa yang akan mereka undi, " katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Amanah, hari ini.

Izzah berkata demikian bagi merujuk  kenyataan Ahmad Zahid yang mengatakan pihaknya telah membuat perjanjian dengan kira-kira 300 nelayan untuk membantu mereka dalam PRK kali ini.

Selain itu, Izzah turut menyifatkan kenyataan Zahid tersebut sebagai satu ugutan kepada para nelayan.

Tiada ulasan: