Rabu, 8 Jun 2016

Empat mangsa culik rakyat Malaysia dibebaskan

Gambar mangsa culik dimuatnaik di Facebook
Gambar yang dimuatnaik dalam Facebook.
 
 
SHAH ALAM – Empat rakyat Malaysia yang diculik lapan lelaki bersenjata di perairan Ligitan pada April lalu dilaporkan telah dibebaskan.

Memetik laporan The Star, keempat mereka telah dibenar kembali ke Sandakan awal pagi tadi.

Laporan dari Jolo menunjukkan bahawa perunding Malaysia dan Filipina berjaya mendapatkan kebebasan daripada kumpulan militan selepas beberapa rundingan diadakan.

Bagaimanapun memetik laporan itu lagi, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun ketika dihubungi enggan mengulas mengenai perkara itu.

Empat rakyat Malaysia yang diculik berumur 21 hingga 34 tahun dan merupakan antara sembilan kru kapal tunda yang sedang dalam perjalanan balik dari Filipina ke Malaysia.

Mereka adalah Wong Teck Kang, 31; Wong Hung Sing, 34; Wong Teck Chii, 29, dan Johnny Lau Jung Hien, 21.


Tiada ulasan: