Sabtu, 18 Jun 2016

Bekas menteri jadi pemandu Uber

MALAYSIAKINI


Seorang pengguna kelihatan terkejut apabila ketika perkhidmatan Uber yang menjemputnya dipandu oleh seorang bekas menteri dan tokoh korporat Tan Sri Wahid Omar.

Pengalaman itu diabadikan beliau dengan mengambil gambar selfie di dalam kereta sambil tersenyum dan dikongsi di media sosial.

"Guna Uber untuk ke pejabat oleh tokoh korporat dan ekonomi yang mungkin paling berjaya dengan kereta Perdana barunya.

“Rating lima bintang untuk YB Senator Datuk Seri!" tulisnya.

Tulisan itu dirakam oleh Pengarah Kanan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) di Jabatan Perdana Menteri Norizan Sharif dan diketengahkan kembali di Facebook beliau.

Norizan, yang sempat berbuka puasa dengan Wahid semalam berkata, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu memberitahunya mendapat lapan penumpang semalam.

"Saya cuba memahami denyut nadi rakyat," kata beliau, menurut Norizan.

Norizan juga berkata Wahid berasal dari keluarga susah dan beliau menjadi pemandu Uber selama tiga hari sebelum menunaikan umrah di tanah suci.


Tiada ulasan: