Khamis, 4 Februari 2016

Zahid: Jangan hina tahap pendidikan Bashah

MALAYSIAKINI




Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan orang ramai supaya melihat menteri besar baru Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dari sudut positif walaupun kelayakan pendidikannya agak rendah.

Timbalan perdana menteri berkata, Bashah yang dikenalinya sejak 1987 pernah menjadi timbalan menteri dan terbabit lebih 35 tahun dalam arena politik, lapor BH Online.

"Ahli politik tak harus dilihat pencapaian akademik semata-mata tetapi perlu melihat latar belakang lain.

"Jangan hina dan merendahkan. Berikan peluang.
 kalau kita cari kesalahan, kita tak akan temui kebenaran. Kalau kebenaran yang kita cari, aspek positif perlu diberi kepentingan," beliau dipetik sebagai berkata.

Beliau berkata, Ahmad Bashah (gambar) perlu diberi masa 100 hari bagi beliau mencorakkan bentuk pemerintahan kerajaan negeri pimpinannya.

Sementara itu, harian itu juga melaporkan Zahid sebagai yakin dengan hubungan baik Bashah dengan kerajaan persekutuan bagi membolehkan lebih peruntukan disalur kepada pentadbiran baharu Kedah.

"Secara peribadi, (Ahmad Bashah) boleh bisik kepada PM (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak) untuk bantu bangunkan Kedah," beliau dipetik sebagai berkata kepada wartawan di Beijing, China.

Menurut Panel Pemikir, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Lokman Noor Adam, Bashah lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan bukan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) seperti didakwa.

Tahap pendidikan Bashah antara alasan digunakan oleh penyokong menteri besar yang dijatuhkan sebelum ini Datuk Mukhriz Mahathir bagi menolak kepimpinannnya.

Mukhriz mendapat pendidikan tinggi di Jepun dan Amerika Syarikat.


Tiada ulasan: