Ahad, 14 Februari 2016

Tradisi ‘duit adat’ perkahwinan Melayu mungkin diharamkan di Melaka

 
Pengharaman pelaksanaan wang adat Temenggong dalam perkahwinan di negeri berkenaan dikaji.


duit-adat


MASJID TANAH: Pelaksanaan wang adat Temenggong dalam perkahwinan mungkin akan diharamkan di Melaka.

Berita Harian hari ini melaporkan, pengharaman wang adat itu sedang dikaji selepas adat perkahwinan itu didakwa membebankan bakal pengantin.

EXCO Pertanian dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hasan Abd Rahman dilaporkan sebagai berkata, kerajaan negeri ada menerima aduan mengenai nilai wang adat Temenggong itu yang dianggap membebankan.

Katanya, kerajaan negeri akan menyerahkan kepada Persatuan Sidang-Sidang Melaka untuk membincangkan isu terbabit.

“Mereka akan menentukan sama ada ia dikurang atau dimansuhkan,” katanya ketika ditemui pada majlis `Jasamu Dikenang, Budimu Ditatang’ di Dewan Japerun Tanjung Bidara di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, turut menasihatkan individu yang memasang lambang adat pada kenderaan supaya mengikut spesifikasi ditetapkan.

“Selain lambang mesti diiktiraf kerajaan negeri, pemilik harus memastikan ia tidak menghalang nombor pendaftaran kenderaan,” katanya.

Mengulas mengenai penganugerahan darjah kebesaran, beliau berkata institusi adat boleh mengadakan majlis penganugerahan gelaran adat tetapi tidak boleh menyerupai penganugerahan darjah dilaksanakan kerajaan negeri

Tiada ulasan: