Sabtu, 20 Februari 2016

Shahidan dakwa telefon, akaun media sosial digodam

Shahidan Kassim


SHAH ALAM –  Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim hari ini mendakwa telefon bimbit dan akaun media sosialnya termasuk Facebook telah digodam.

Perkara itu dimaklumkan melalui akaun Facebook rasminya sebentar tadi.

“Saya tahu semua telefon, Facebook dan lain-lain (akaun) kepunyaan saya telah diceroboh.

“Alasannya kerana saya tegas dalam tugas-tugas saya mempertahankan sempadan dan perairan negara daripada pencerobohan,” tulisnya.

Shahidan memegang portfolio sebagai menteri yang bertanggungjawab berhubung Agensi Penguat kuasa Maritim Malaysia (Maritim).

Dalam status ringkas itu, beliau tidak menyatakan sebarang tindakan yang bakal diambil sebaliknya beliau berserah kepada ALLAH SWT dan memohon perlindungan dariNYA.

Tiada ulasan: