Isnin, 8 Februari 2016

Program HIJRAH bantu peniaga kembang perniagaan

OLEH : NORHAYATI UMOR


PETALING JAYA, : Program HIJRAH membantu golongan peniaga mengembangkan keusahawanan bermula dari tepi jalan sehingga ke restoren.

Peserta HIJRAH, Salina Mohd Halidan, 37, berkata beliau menyertai program pinjaman daripada Kerajaan Negeri itu sejak tujuh tahun lalu menerusi program MIMBAR.

hijrah 2Katanya, dengan bermodalkan RM3,000, beliau kini berpuas hati dengan bantuan daripada Kerajaan Selangor itu.

“Dengan MIMBAR, saya sudah meminjam tiga kali pusingan dan HIJRAH satu kali dengan pinjaman sebanyak RM10,000.

“Jika dulu saya meminjam RM3,000 untuk membeli payung, kaki meja, sekarang saya mampu mempunyai restoren sendiri,” katanya.

“Kini saya sedang memohon untuk membuat pinjaman RM30,000,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata pinjaman berkonsepkan asas simpanan itu merupakan program yang bagus kepada semua peniaga.

“Memang berbaloi. Saya akan setia membuat pinjaman dengan HIJRAH. Ia sangat membantu peniaga kecil seperti saya,” katanya.

Sementara itu, Mior Azim, 31, berkata dengan pinjaman sebanyak RM5,000 dengan HIJRAH merupakan titik permulaan untuk beliau mengembangkan perniagaannya.

hijrah 3Katanya, beliau kini sudah mempunyai empat cawangan di Matahari Mall, Bandar Kinrara, Klang dan Star Avenue.

“Saya mendapat tahu program ini daripada kawan. Jadi, tahun lepas saya cuba mohon dan berjaya.

“Walaupun pinjaman dengan modal yang kecil namun ia serba sedikit membantu menambah baik perniagaan sedia ada,” katanya.

Pemilik makanan barat, MIOS itu berkata program HIJRAH itu merupakan program yang telus, mudah dan menepati sasaran peniaga.

“Kepada peniaga di luar sana, program HIJRAH sesuai untuk anda. Saya  kini menantikan pinjaman pusingan kedua daripada program ini,” katanya.EZY


Tiada ulasan: