Sabtu, 20 Februari 2016

Presiden GKCM lagi sekali cabar Ku Nan berdebat

 
Kamarulzaman Habbibur Rahman mendakwa sudah beberapa kali mencabar Ku Nan berdebat tetapi tiada respon.


gkcm


PORT DICKSON : Presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM), Kamarulzaman Habbibur Rahman, hari ini sekali lagi mencabar Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berdebat.

Beliau membuat cabaran itu kerana Tengku Adnan atau Ku Nan masih belum memecatnya sebagai ahli UMNO, walaupun pernah diugut untuk dipecat.

“Sebenarnya saya dah beberapa kali mencabar Tengku Adnan untuk berdebat dengan saya secara terbuka berkenaan dengan UMNO.

“Dan Tengku Adnan, kalau kamu membaca berita ini, sekali lagi saya cabar kamu berdebat dengan saya,” katanya pada Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Kepada Pelajar-Pelajar Cemerlang PT3 Tahun 2015 Yang Mengikuti Tuisyen Percuma di Balai Raya Taman Duyong Intan.

Dalam perkembangan lain, Kamarulzaman mendedahkan ada pihak-pihak tertentu cuba menggagalkan program itu dengan mengarahkan beliau membatalkan program berkenaan pada saat-saat akhir.

“Saya tanya kepada orang yang ingin batalkan program ini. Adakah anda sedar bahawa Tan Sri Muhyiddin yang bagi sumbangan,” tegasnya

Tiada ulasan: