Khamis, 18 Februari 2016

Peniaga Cina tolak ‘baju merah’, mahu Najib lawat Jalan Petaling

MALAYSIAKINI




Setelah ‘dihantui’ oleh perhimpunan 'baju merah' yang berteraskan perkauman selama hampir setengah tahun, hasrat peniaga di Jalan Petaling sempena Tahun Baru Cina tahun monyet ini adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melawat kawasan itu.

"Kami tidak mahu baju merah atau jurucakapnya (Datuk) Jamal Md Yunos," kata Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur, Ang Say Tee selepas upacara keagamaan kaum Cina yang dihadiri oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Chong Sin Woon.

Memetik pepatah Cina, "membersihkan kotoran lalu dan menyambut tahun", Ang juga melahirkan harapan penjaja dan peniaga supaya konflik perkauman yang tercetus sebelum ini dilupakan.

"Kami inginkan negara menjadi makmur, keharmonian kaum, perniagaan berkembang pesat dan kesihatan baik dan kesejahteraan untuk semua.

“Kami juga berharap perhimpunan baju merah tahun lalu boleh dilupakan.

"Kami menggunakan tarian singa (hari ini) untuk menyambut timbalan menteri (Chong), tetapi tidak mahu mereka (baju merah) di sini untuk berdemo.

"Yang pasti, Jamal tidak dialu-alukan di sini, tetapi kami mengalu-alukan timbalan menteri, menteri-menteri Melayu dan menteri-menteri Umno.

"Malah, perdana menteri telah lawat sini tiga kali. Saya harap dia boleh lawat sekali lagi (tahun ini), untuk beri kami dorongan dan mengiktiraf sumbangan kami, " kata Ang.

Beliau juga berkata Jalan Petaling adalah milik Malaysia, dan bukannya orang Cina sahaja.

Tiada ulasan: