Selasa, 23 Februari 2016

Mayat korban pertama banjir di Sarawak ditemui

ANTARAPOS.COM


Post Pic
KUCHING: Mayat lelaki yang menjadi korban pertama banjir di Sarawak selepas dihanyutkan arus deras Sabtu lepas berjaya ditemui pada pukul 5.50 petang semalam.
Mangsa, Judus Jalina, 20, hanyut dibawa arus sungai di Kampung Maang, Jalan Kuching-Serian, kira-kira 55 kilometer dari Kuching pada pukul 9 malam Sabtu lalu ketika meredah banjir untuk pulang ke rumahnya bersama dua rakannya.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Kuching, mayat Judus ditemui pasukan mencari dan menyelamat kira-kira 150 meter dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh.
Jurucakap itu berkata mayat Judus telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
"Dengan penemuan mayat itu pasukan mencari dan menyelamat menamatkan operasi pada pukul 6.30 petang tadi," katanya.

Tiada ulasan: