Selasa, 9 Februari 2016

Mangsa Banjir Di Sarawak Meningkat

MSTAR ONLINE
 
 
Penduduk kampung terutama kanak-kanak seronok bermain air ketika tinjauan fotoBernama di Kampung Batu Kitang Jaya pada Selasa selepas hujan lebat melanda Kuching baru-baru ini. Foto Bernama
 
 
KUCHING: Jumlah mangsa banjir di daerah Kuching dan Bau meningkat kepada 2,679 orang setakat 5 petang Selasa, berbanding 2,501 mangsa pada tengah hari.
advertisement
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Sarawak, Siti Huzaimah Ibrahim berkata, 14 pusat pemindahan dibuka di daerah Kuching dan lima pusat pemindahan dibuka di daerah Bau.

"Mereka terdiri daripada 694 keluarga," katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu tinjauan Bernama di Kampung Batu Kitang mendapati anggota bomba memantau paras air di sungai berdekatan kampung itu. - Bernama

Tiada ulasan: