KUALA LUMPUR: Syarikat
penerbangan Malindo Air akan memindahkan operasinya ke terminal utama
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari klia2, bermula 15
Mac ini.
Serentak itu, kesemua penerbangannya dari dan ke Kuala Lumpur akan menggunakan terminal utama KLIA bermula pada tarikh tersebut, kata Malindo Air dalam satu kenyataan, Jumaat.
"Oleh itu, kami menggesa semua penumpang berkaitan untuk membuat persediaan sewajarnya iaitu dari segi urusan pengangkutan dan tempat menunggu bersesuaian.
"Bagaimanapun, operasi pesawat ATR72-600 dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang (LTSAAS - Subang Skypark), tidak akan terjejas berikutan langkah pemindahan ini," kata kenyataan itu.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Muthy berkata Malindo Air sememangnya mengalu-alukan langkah pemindahan operasi berkenaan.
"Kami berharap dapat terus memberi sumbangan positif kepada industri penerbangan dan pelancongan serta memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia dalam jangka panjang," katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd, Datuk Badlisham Ghazali menyifatkan model perniagaan Malindo Air telah berkembang daripada hibrid kepada perkhidmatan penerbangan sepenuhnya dan banyak perkhidmatan premium disediakan di terminal utama KLIA.
"Malaysia Airports amat berbesar hati dapat memberi kemudahan bagi
memenuhi keperluan perniagaan Malindo Air," katanya.
Serentak itu, kesemua penerbangannya dari dan ke Kuala Lumpur akan menggunakan terminal utama KLIA bermula pada tarikh tersebut, kata Malindo Air dalam satu kenyataan, Jumaat.
"Oleh itu, kami menggesa semua penumpang berkaitan untuk membuat persediaan sewajarnya iaitu dari segi urusan pengangkutan dan tempat menunggu bersesuaian.
"Bagaimanapun, operasi pesawat ATR72-600 dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang (LTSAAS - Subang Skypark), tidak akan terjejas berikutan langkah pemindahan ini," kata kenyataan itu.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Muthy berkata Malindo Air sememangnya mengalu-alukan langkah pemindahan operasi berkenaan.
"Kami berharap dapat terus memberi sumbangan positif kepada industri penerbangan dan pelancongan serta memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia dalam jangka panjang," katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd, Datuk Badlisham Ghazali menyifatkan model perniagaan Malindo Air telah berkembang daripada hibrid kepada perkhidmatan penerbangan sepenuhnya dan banyak perkhidmatan premium disediakan di terminal utama KLIA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan