Selasa, 16 Februari 2016

Majlis Fatwa Negeri sekat hakim wanita

Zikri Kamarulzaman




Ada di kalangan Majlis Fatwa Negeri yang tidak mahu menerima wanita daripada menjadi hakim, kata Ketua Hakim Syarie, Tan Sri Ibrahim Lembut.

Ibrahim berkata pada masa ini hanya Wilayah Persekutuan, Melaka, Perlis, Kelantan dan Sabah yang membenarkan wanita menjadi hakim Mahkamah Syariah.

Beliau berkata, meskipun Majlis fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa wanita boleh menjadi hakim syariah, namun negeri-negeri tidak terikat dengan fatwa berkenaan.

“Tapi ada negeri yang tak mahu terima hakim wanita walau Majlis Fatwa Kebangsaan kata harus.

“Kita tak boleh nak buat apa sebab di Majlis Negeri ini, dia kuasa tertinggi di situ,” kata Ibrahim yang juga adalah Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Wacana Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia di Institut Latihan Islam Malaysia di Bandar Baru Bangi, hari ini.

Ibrahim berkata, dalam kebanyakan kes, kelayakan wanita lebih tinggi berbanding lelaki untuk menjadi hakim dan kenaikkan pangkat.

"Wanita tidak diberi peluang untuk naik pangkat, walaupun CGPA mereka lebih baik daripada lelaki," katanya.

Ibrahim berkata, Jabatan Kehakiman Syariah telah berusaha supaya wanita menjadi hakim Mahkamah Syariah sejak 2012.

Tiada ulasan: