Khamis, 4 Februari 2016

Mahkamah NZ perintah bekas diplomat Malaysia 9 bulan tahanan rumah

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
WELLINGTON:  Bekas diplomat Malaysia yang dituduh "bertindak ganas" dan tidak sopan dengan menyerang seorang wanita di New Zealand, dijatuhi hukuman tahanan rumah selama 9 bulan, hari ini.
 
Mohammed Rizalman Ismail, yang merupakan seorang atase tentera di kedutaan Malaysia di Wellington pada masa serangan itu, mengaku melakukan serangan tidak senonoh pada November lalu selepas menafikan tuduhan awal atas cubaan rogol dan pecah rumah.
 
Rizalman mengekori wanita New Zealand Tania Billingsley ke rumahnya pada Mei 2014, menunggu kira-kira 30 minit di luar dan kemudian masuk ke dalam rumah serta berjalan ke dalam bilik tidurnya dalam keadaan bogel dari bahagian pinggang ke bawah.
 
"Anda berlaku ganas kepada Billingsley...Dia seorang wanita muda, bersendirian di dalam biliknya, yang sepatutnya berhak untuk berasa selamat dan terjamin di dalam bilik tidurnya," Hakim David Collins memberitahu Rizalman semasa menjatuhkan hukuman.
 
"Tiada wanita seharusnya berdepan keadaan menakutkan seperti dialami Billingsley apabila anda melanggar ‘kesucian’ bilik tidurnya."
 
Collins berkata tindakan Rizalman bagaimanapun dianggap "terancang", apabila Billingsley tidak disentuh secara seksual dan Rizalman berharap dia akan bersetuju melakukan seks.
 
"Anda salah anggap apabila menyangka senyuman ialah tanda bersetuju melakukan seks, anda sengaja mengekorinya dan menunggu di luar rumahnya agak lama," kata hakim.
 
Rizalman akan menjalani tahanan rumah selama 9 bulan, tetapi tidak di Suruhanjaya Tinggi Malaysia, dan akan dihantar pulang apabila selesai tempoh hukumannya.
 
Peguam Rizalman, Donald Stevens sebelum ini menyatakan beberapa situasi bagi meringankan hukumannya, termasuk berkaitan penyakit mental. -AFP
 
 

Tiada ulasan: