Rabu, 24 Februari 2016

Mahathir sedia sertai himpunan anti-Najib

Walau bagaimanapun, beliau akan menyertai jika dijemput oleh pihak penganjur.

najib mahathir


PUTRAJAYA: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad secara terbuka menyatakan bahawa beliau bersedia untuk menyertai himpunan anti-Najib.

Bagaimanapun, beliau akui akan hanya menyertai himpunan tersebut jika dijemput oleh pihak penganjur.

“Kalau ada jemputan, saya akan pergi,” katanya apabila diaju soalan oleh pemberita mengenai himpunan yang dijadualkan berlangsung pada 27 Mac.

Sebelum ini, Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menyuarakan hasrat untuk menganjurkan satu perhimpunan bagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatannya.

Bagaimanapun, Zaid berkata, acara yang dijadual pada 27 Mac itu adalah perjumpaan tertutup.

“Saya lihat ramai pembaca masih bercakap mengenai perhimpunan pada 27 Mac, ia sebenarnya satu perjumpaan pemimpin dalam suasana tertutup.

“Saya tidak pernah kata ia akan menjadi protes jalanan atau perhimpunan awam. Saya bukannya seperti BERSIH,” tulis Zaid dalam tweetnya sebelum ini.

Tiada ulasan: