Khamis, 4 Februari 2016

Lakaran Najib ‘bermuka badut’ ke peringkat antarabangsa

MALAYSIAKINI




Karikatur yang memaparkan lakaran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang ‘bermuka badut’ kini menjadi bahan berita antarabangsa dengan lebih ramai artis digital berkongsi versi mereka di internet.

Kerja-kerja itu kini dipaparkan di BBC, United Kingdom melalui seksyen 'BBC Trending', yang melaporkan mengenai topik hangat internet di seluruh dunia.

Artis digital mula menghantar karikatur dalam talian sebagai solidariti bersama artis Fahmi Reza yang dimaklumkan bahawa beliau sedang berada di bawah pengawasan polis kerana memuat naik lakaran Najib ‘bermuka badut’ sebagai kempen anti-Akta Hasutan.

Menulis di Facebook, Fahmi berkata selalunya ramai orang akan mula berikan solidariti selepas seseorang itu ditangkap.

“Aku rasa aku mungkin orang pertama yang dah dapat solidariti siap-siap sebelum kena tangkap.
“Dan saya bukanpun seorang ahli politik, hanya seorang pelukis grafik,” katanya.

Menurut Fahmi, beliau berharap budaya solidariti itu akan diteruskan, bukan hanya untuk dirinya tetapi untuk sesiapa sahaja yang ditindas oleh pihak berkuasa.

“Sbenarnya solidariti dari korang semualah yang bagi aku keberanian untuk terus melawan.

“Kerana aku tahu kalau aku jatuh, korang ada di sisi aku untuk tolong aku bangun untuk kita sama-sama teruskan perjuangan,” katanya.

Tiada ulasan: