Khamis, 18 Februari 2016

Isu rumah tangga: 'Biar saya sahaja yang tahu'

Aliff Syukri
Aliff Syukri dan isterinya, Nur Shahida di banglo mereka berkonsep klasik Inggeris
 

HARI ini kecoh kononya rumah tangga  jutawan kesihatan dan kecantikan D'Herbs Datuk Aliff Syukri Kamarzaman goyah.

Berkongsi dengan Sinar Online hari ini Aliff atau lebih dikenali sebagai 'Abang Terlajak ‎Laris' berkata, buat masa ini beliau belum bersedia untuk berkongsi mengenai perihal itu dengan orang ramai.

"Saya keliru, biarlah saya sahaja yang tahu," katanya ringkas.

Terdahulu hari ini kecoh di portal-portal media hiburan mengenai isu ini.

Dalam pada itu, pengikut akaun instagram Alif mula beranggapan rumah tangga beliau kini sedang mengalami masalah ekoran sebuah gambar yang dimuat naik olehnya menimbul persoalan tersebut.


Tiada ulasan: