Sabtu, 20 Februari 2016

Dr Mahathir ulangi saran Najib ikut cara ayahnya

Anne Muhammad

 


Semperna 40 tahun penglibatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam arena politik, bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad mengulangi saranannya supaya beliau mengikut jejak bapanya yang banyak membangunkan negara.

Katanya, Tun Abdul Razak Hussein banyak berjasa kepada negara ini dan berharap agar Najib kembali mengikut jejak bapanya.

“Saya mempunyai harapan yang amat tinggi kepada perdana menteri kerana dia adalah anak kepada seorang perdana menteri yang sangat berjasa.

“Tapi saya dapati prestasinya sekarang ini sangat berbeza. Saya harap dia kembali kepada cara-cara ayahnya kerana ayahnya menyumbang banyak kepada pembangunan negara kita,” katanya.

Tun Mahathir berkata demikian kepada pemberita di Program Lets Read Quran di Damansara hari ini.

Tiada ulasan: