Isnin, 8 Februari 2016

Cadangan Peguam Negara lindungi pihak pecah amanah – NOW

 
:Kegagalan tindakan pembaikan dan pencegahan secara dalaman menyebabkan pemberi maklumat mencari saluran alternatif


akmal-nasir,apandi,now


PETALING JAYA: Cadangan Peguam Negara untuk mengetatkan undang-undang bagi menghukum pemberi maklumat termasuk hukuman penjara seumur hidup dan sebatan didakwa seolah-olah mahu melindungi mereka yang pecah amanah.

Demikian kata Pengarah National Oversight and Whistleblowers (NOW), Akmal Nasir apabila mengatakan kebocoran maklumat berkaitan salah guna kuasa, ketirisan dan pecah amanah hanya berlaku apabila hilang keyakinan terhadap organisasi terbabit.

“Kegagalan tindakan pembaikan dan pencegahan secara dalaman menyebabkan pemberi maklumat mencari saluran alternatif.

“Kebanyakan pendedahan dibuat adalah demi kepentingan orang ramai dan berupaya menghentikan perkara tersebut dari terus berulang,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Jelas Akmal, usaha bersama dengan pemberi maklumat itu meningkatkan lagi integriti dan memberi ingatan kepada jabatan dan agensi berkenaan untuk melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah.

“Masalah kebocoran maklumat akan terhenti apabila penyelewengan tidak berlaku. Tiada keperluan untuk pemberi maklumat mengambil risiko membuat pendedahan apabila siasatan dijalankan dan tindakan tegas diambil,” katanya.

Tiada ulasan: