Khamis, 4 Februari 2016

Bekas isteri kedua Salih Yaakob dedah punca cerai

 
Nor Raha berharap isu penceraian tidak lagi dipanjangkan kerana dia sudah memiliki keluarga baru.


Salih-Yaakob_cerai


PETALING JAYA: Bekas isteri kedua pelakon dan penyampai radio, Salih Yaakob, mendedahkan faktor kewangan antara punca penceraian mereka selepas mendirikan rumah tangga sejak 23 tahun lalu.

Nor Raha Hamad berkata, disebabkan masalah itu, dia nekad untuk bercerai pada tahun lalu selepas mula minta dilepaskan sejak 2012 lagi.

“Jangan menafikan masalah kewangan adalah punca. Selama ini saya meniaga sendiri dengan menjual rempeyek untuk menyara hidup anak-beranak. Bukan Salih tidak memberi wang tetapi, mana cukup untuk kami enam beranak.

“Saya percaya ini adalah jalan yang terbaik dan saya rasa lega serta tidak menyesal. Saya berharap agar semua pihak tidak lagi menuduh yang bukan-bukan terhadap saya dan keluarga,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

Nor Raha juga mengakui hidup bermadu bukan sentiasa indah kerana kadang kala dia cemburu apabila Salih melebihkan isteri-isteri lain.

“Poligami itu tidak salah dan tipulah kalau saya katakan, hidup bermadu ini manis-manis belaka. Mesti ada satu ketika kita akan terasa sekiranya suami kita melebih-lebihkan isteri yang lain,” katanya yang berharap isu itu tidak dipanjangkan lagi kerana dia sudah memiliki keluarga baharu.

Salih sebelum ini mendakwa kewujudan orang ketiga menjadi punca penceraian mereka.

Salih dan bekas isterinya itu telah mendirikan rumah tangga selama 23 tahun dan dikurniakan lima anak berusia 22 hingga 13 tahun dan seorang cucu.

Sementara itu, tiga lagi isterinya iaitu Norlizah Mamat, 51, Norfara Wahida Sulaiman, 37, dan Samihah Syeikh Ali, 29, masih kekal bersamanya dan daripada keempat-empat perkahwinannya, Salih dikurniakan 13 anak.

Tiada ulasan: