Selasa, 9 Februari 2016

Bangladesh Umum MoU Bekal 1.5 Juta Pekerja Ke Malaysia

MSTAR ONLINE


Gambar hiasan
 
 
DHAKA: Kabinet Bangladesh meluluskan draf perjanjian untuk perjanjian kerajaan dengan kerajaan (G2G) yang akan membolehkan syarikat-syarikat swasta menghantar pekerja-pekerja ke Malaysia.

Kerajaan Bangladesh berharap untuk menghantar 1.5 juta pekerja Bangladesh ke Malaysia di bawah perjanjian ini dalam tempoh tiga tahun akan datang, Setiausaha Kabinet Md Shafiul Alam memberi taklimat kepada pemberita pada Isnin.

Di samping itu, kos ekspatriat maksimum bagi setiap orang adalah RM1,985. Majikan akan menanggung kos penuh untuk ekspatriat ini.

Memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua negara dijangka ditandatangani dalam tempoh sebulan.

Perjanjian baharu itu akan mengiktiraf Bangladesh sebagai 'negara sumber', kata setiausaha kabinet.

"Sebelum ini, warga Bangladesh hanya boleh bekerja dalam sektor perladangan di Malaysia. Tetapi selepas pengiktirafan ini, mereka boleh bekerja dalam sektor perkhidmatan, pembuatan dan pembinaan."

Perjanjian baharu akan menyebabkan perjanjian pada tahun 2012 dan 2014 sebelum ini tidak sah, katanya.

"Menurut perjanjian yang baharu, pekerja wanita juga boleh pergi ke Malaysia." -The Daily Star/Asia News Network
 
 

Tiada ulasan: