Ahad, 21 Februari 2016

Ancaman Daesh di Malaysia seperti barah tahap tiga

 
Penceramah kontroversi itu tetap tegas bahawa fahaman Wahabi adalah ideologi yang dipegang Daesh dan punca ekstremisme.


zamihan,is


BANGI: Ancaman militan Daesh dalam negara sudah mencapai tahap berbahaya seperti barah tahap tiga, kata bekas pegawai agama Kementerian Dalam Negeri (KDN), Zamihan Mat Zin.

Sebelum dipindahkan serta-merta ke Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM), Zamihan bertugas di Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam KDN, di mana beliau terlibat dalam program pemulihan suspek pengganas yang ditahan.

“Ancaman IS dalam negara kini sudah capai tahap tiga, macam bom jangka. Ada risiko berlaku serangan dalam negara, seperti ancaman yang kita dengar sebelum ini,” katanya ketika ditemui di pejabat Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA), di sini, semalam.

Presiden ASWAJA itu berkata, tahanan diasingkan kepada dua kumpulan; ‘risiko amat tinggi’ yang terdiri daripada guru agama atau yang pernah mengikuti peperangan seperti di Afghanistan, dan ‘risiko tinggi’ iaitu di kalangan pengikut yang direkrut mereka.

Menurutnya lagi, berbanding tahanan ‘risiko amat tinggi’ yang sukar dipulihkan, tahanan ‘risiko tinggi’ senang dipulihkan kerana kebanyakannya adalah orang kebanyakan yang tiada pengetahuan mendalam terhadap agama.

“Pengikut ini orang kebanyakan, pekerja kilang dan pegawai kerajaan dan tiada asas agama. Mereka faham agama daripada orang yang salah dan akhirnya pemikiran jadi ekstrem.

“Selain daripada bimbingan ilmu, ibadat serta personaliti diri, kita juga buat secara kerohanian, dengan zikir. Dengan itu, mereka akan ingat kepada Allah SWT dan hati menjadi lembut,” katanya lagi sambil memaklumkan 95% daripada tahanan berjaya dipulihkan.

Tiada ulasan: