Selasa, 16 Februari 2016

Anak Zahid tukar nama IG selepas teruk dikritik

 
Nurulhidayah dipercayai menukar sebanyak tiga kali nama akaun IG dalam masa sehari susulan kenyataannya menyokong kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh


Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid


PETALING JAYA: Setelah teruk dikritik oleh netizen di laman sosial, anak perempuan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid menukar sebanyak tiga kali nama akaun Instagramnya (IG) dalam masa satu hari.

Beliau berbuat demikian dipercayai susulan kenyataaannya mengenai isu kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh ke Malaysia sebagai satu isu yang kecil dan tidak seharusnya diperbesarkan, mendapat kritikan dan mengundang kemarahan orang ramai.

Pemerhatian FMT, nama akaun IG ditukar tiga kali dari “deltanovzulu” kepada “limatangonovzulu” dan terbaru “DELTALIMATANGONOVZULU”.

Ketiga-tiga nama itu berbeza dengan nama asal akaun yang digunakan anak Nurulhidayah iaitu “akubocahzahid”.

Dalam profile akaun IG, Nurulhidayah juga menulis “Found me” (jumpa saya) selepas kenyataaannya mengenai kemasukan pekerja Bangladesh ke Malaysia menjadi viral di laman sosial.

Dalam masa sama, Nurulhidayah terus menerima kritikan daripada netizen yang meluahkan tidak puas hati dengan kenyataannya itu.

“Hang (awak) tau apa. pernah hidup susah. Hang tak tau macamana kami kat bawah ni dok berebut kerja dengan Bangla (Bangladesh). Depa (mereka) ambil Bangla sebab nak bayar murah. Hard labour. Tetapi orang Malaysia, rakyat Malaysia, tidak mahu bayar dengan setimpal. Mana boleh bayar setimpal dengan Bangla. Depa tidak ada anak bini di sini. Depa hantar duit je balik ok,” kata Norhashiki Hashi.

“Sila maafkan saya jika apa yang saya bakal taip disifatkan sebagai kurang ajar/sensitif terhadap individu-individu yang terlibat: Betapa bodohnya anak-beranak ini! Otak memang ternampak sangat terlahir di xxxxx! Sekian, terima kasih,” komen Kyrez Vicq.

“Oh awak anggap 1.5juta Bangla masuk Malaysia isu kecil wah banyak bagus lu punnya fikiran ini macam tak salah perompak masuk rumah kamu rompak,” komen Sashikumar Gunachandiran.

Tiada ulasan: