Ahad, 20 Disember 2015

Zahid yakin penentang kerjasama dalam PAS tunduk kepada Majlis Syura

THE MALAYSIAN INSIDER

Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi percaya Majlis Syura PAS akan menyelesaikan masalah ahli yang tidak bersetuju dengan kerjasama 2 parti Melayu itu bagi memastikan ia direalisasikan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Disember, 2015. 
Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi percaya Majlis Syura PAS akan menyelesaikan masalah ahli yang tidak bersetuju dengan kerjasama 2 parti Melayu itu bagi memastikan ia direalisasikan. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi optimis dengan keserasian kerjasama antara Umno dan PAS yang kini menurutnya berada di peringkat persefahaman walaupun belum menjurus kepada "pendekatan politik dengan ikatan organisasi".
 
 Bercakap kepada Mingguan Malaysia dalam wawancara eksklusif, naib presiden Umno itu juga percaya mereka dalam PAS yang tidak bersetuju dengan kerjasama itu akan diurus menerusi Majlis Syura.

"Saya cukup yakin chemistry (keserasian) sudah wujud dalam pemimpin PAS dan Umno, walaupun kedengaran ada suara-suara menolak daripada PAS.

"Oleh kerana kita faham mereka mempunyai sistem syura yang cukup kuat, suara-suara yang tidak setuju ini akan bersetuju pada akhirnya. 
 
 "Saya yakin Umno tidak akan menghadapi masalah kerana kita sejak dahulu memang menghulurkan tangan untuk ini dilaksanakan bersama," katanya yang juga timbalan perdana menteri seperti dilaporkan edisi Ahad Utusan Malaysia hari ini.

Perbincangan tentang penyatuan kembali hangat diperkatakan selepas Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir bersama di Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia pada 17 Disember lalu.

Multaqa itu kemudian meluluskan resolusi penubuhan jawatankuasa bagi menyatukan 2 parti Melayu itu.


Tiada ulasan: