Sabtu, 12 Disember 2015

Tak perlu tunggu gabung laksana syariat Islam


Muzakarah


SEREMBAN - Umno sebagai parti pemerintah boleh melaksanakan syariat Islam tanpa perlu menunggu bergabung dengan Pas.

Ketua Penerangan Pas Negeri Sembilan, Abdul Karim Shahimi berkata, pelawaan Umno untuk bergabung dengan Pas hanyalah rekaan dan retorik semata-mata.

“Biasanya Umno ini cakap lain, buat lain. Sebagai parti pemerintah, Umno boleh laksanakan syariat Islam tanpa menunggu Pas bergabung dengan Umno.

“Kenapa nak minta Pas bergabung dengan Umno baru boleh laksanakan syariat Islam? Ini menunjukkan Umno berpura-pura dan tak mahu laksanakan Islam,” katanya di sini, semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pas serik pengkhianatan Umno]

Beliau berkata, kalau benar Umno mahu laksanakan syariat Islam, Umno perlu buat dahulu sebelum pelawa Pas bergabung.

“Buat dulu, kalau dah buat baru kita bincang tentang bergabung. Pas hanya mahu tunggu dan lihat.

“Kalau Umno laksanakan syariat Islam, maka tugas Pas sudah diambil Umno sepertimana kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa Pas boleh dibubarkan kalau ada parti yang laksanakan tugas Pas,”
katanya.

Abdul Karim bagaimanapun berkata, soal pergabungan Pas dan Umno itu, pihaknya menyerahkan kepada Pas Pusat untuk membuat sebarang keputusan.

“Pas di peringkat negeri akan menunggu keputusan Pas Pusat dan menyokong apa sahaja keputusan yang dibuat,” katanya.

Tiada ulasan: