Rabu, 9 Disember 2015

RM2.6 bilion : Isu Besarnya Ialah Penerima Dan Wang yang DIterima



Oleh DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR

1. Perakuan SPRM yang menyatakan sudah bertemu dengan penderma yang memasukkan wang sejumlah RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri menimbulkan persoalan kenapa tidak diumum siapa penderma tersebut? Apa yang sukar untuk SPRM dan PM Najib mengumumkan nama dan negara asal penderma tersebut?

Datuk Zahid TPM pun dalam penjelasan di Parlimen dalam tempoh tiga minit tidak pun menyebut nama penderma RM2.6 bilion tersebut. Jadi dari mana rakyat boleh dapat tahu dan bila rakyat nak diberitahu?


2. Persoalan pokok isu ini bukan sekadar nama penderma tetapi isu besarnya ialah penerima dan jumlah wang RM2.6 bilion yang diterima dalam akaun peribadi penerima iaitu Najib PM Malaysia. Jika wang tersebut untuk Umno atau negara kenapa dimasukan ke dalam akaun peribadi. Ini yang mesti diperjelaskan oleh SPRM yang melakukan siasatan.

3. Persoalan kedua ialah ke mana wang tersebut diguna dan dibelanjakan oleh PM Najib selepas dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau? Berapa jumlah yang belanjakan dan berapa baki wang tersebut? Adakah baki wang tersebut masih berada dalam negara dan di dalam akaun siapa dan bank mana baki tersebut berada? Ini semua mesti dijawab oleh SPRM yang menjalankan siasatan.

4. Jawapan juga diperlukan dari siasatan SPRM ialah apakah motif derma tersebut kepada akaun peribadi PM Najib? Jangan hanya sekadar meyimpul pada rakyat yang SPRM sudah bertemu dengan penderma tersebut. Jangan lah di waktu rakyat mula simpati, hormati dan percayai, SPRM pula bertindak untuk melindungi. SPRM adalah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan bukannya Suruhanjaya Penderma Rosmah Mansor.

SELAMATKAN RAKYAT DAN MALAYSIA TERCINTA!

(*)  DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR Ahli Parlimen Pokok Sena

Tiada ulasan: