Isnin, 21 Disember 2015

Pemuda MIC kecewa tiada tangkapan selepas pemimpin ditampar

MALAYSIAKINI


 


Pemuda MIC kecewa bahawa tiada tangkapan dibuat selepas Timbalan Presiden Datuk Seri SK Devamany diserang di sekitar ibu pejabat MIC minggu lalu.

Ketua Pemuda C Sivarrajh berkata ini adalah sebalik laporan polis dibuat di balai Dang Wangi pada hari kejadian iaitu 17 Disember.

Kejadian itu berlaku apabila ratusan penyokong membanjiri ibu pejabat di Kuala Lumpur untuk menuntut persengketaan MIC yang berpanjangan ditamatkan.

"Pada hari kejadian, terdapat kehadiran anggota polis di kawasan itu, yang saya percaya adalah untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini


"Polis sedar dengan keadaan pada hari itu.

"Saya berterima kasih PDRM bagi pihak MIC di atas sokongan mereka tetapi kita dalam MIC menjangkakan siasatan dipercepatkan berhubung perkara itu," kata Sivarrajh dalam satu kenyataan.

Beliau menambah bahawa kelewatan dalam kes itu akan menjejaskan kredibiliti polis, terutamanya Devamany juga adalah Speaker Dewan Undangan Perak.

Penyokong presiden yang digulingkan Datuk Seri G Palanivel, Khamis lalu berkumpul di ibu pejabat parti itu untuk menuntut pemilihan semula.

Parti itu dilaporkan bersetuju untuk mempunyai dua pentadbiran yang berasingan, yang diketuai oleh dua setiausaha agung yang memihak kepada Palanivel dan presiden baru yang dipilih Datuk Seri Dr S Subramaniam, sehingga krisis itu diselesaikan.


Ini berlaku selepas perbincangan hangat selama lima jam.

Walau bagaimanapun, Devamany kemudian menafikan laporan pentadbiran berasingan, dan berkata bahawa mesyuarat itu bertujuan "mengembalikan" cawangan lain yang memihak kepada Palanivel kepada parti.

Palanivel secara automatik gugur dari MIC pada bulan Jun laluselepas membawa perkara parti ke mahkamah.

Kumpulannya mendakwa wujud konspirasi di antara kem penyokong Subramaniam dan Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk menggulingkan Palanivel sebagai presiden tetapi ini dinafikan oleh ROS.

Tiada ulasan: