Isnin, 7 Disember 2015

Muhyiddin dijangka umum Team 5M? – MYKMU

 
Muhyiddin dijangka mengumumkan perkara itu di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru malam ini


Muhyiddin-Yassin


PETALING JAYA: Blog pro-UMNO, MYKMU menjangkakan, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan satu kumpulan dipanggil `Team 5M’ yang menyenaraikan lima nama untuk bertanding dalam pemilihan UMNO pada 2018 nanti.

Menurut sumber dalaman blog itu, perkara tersebut akan diumumkan oleh Muhyiddin pada perhimpunan khas malam ini di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru.

“Muhyiddin akan bertanding jawatan Presiden UMNO bagi mencabar Datuk Seri Najib Tun Razak. Jawatan Timbalan Presiden pula akan dicabar oleh Mukhriz Mahathir.

“Sementara itu pula, jawatan Naib Presiden akan dicabar oleh Mohd Shafie bin Haji Apdal, Ahmad bin Said (Md Said) dan Mohamed Khaled Nordin,” tulis blog berkenaan.

Baru-baru ini Majlis Tertinggi UMNO telah memutuskan bahawa Muhyiddin tidak akan berucap merasmikan upacara pembukaan bagi ketiga-tiga sayap iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri pada 8 Disember ini.

Beliau juga tidak akan menggulung ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak. Mungkinkah ini turut menjadi punca Muhyiddin menubuhkan Team 5M, kata MYKMU.

Tambah penulis blog itu lagi, langkah Muhyiddin yang membentuk Team 5M itu adalah disebabkan mahu menggulingkan Najib dengan usaha bersama Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tiada ulasan: