Khamis, 10 Disember 2015

Kertas siasatan Muhyiddin diserah pada JK disiplin

Shakira Buang 







Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pihaknya telah menghantar kertas siasatan berhubung kes Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada jawatankuasa disiplin.

"Saya telah hantar kertas siasatan kepada lembaga disiplin.

“Jadi kita tunggu sahaja," katanya kepada pemberita.

Beliau diminta mengulas mengenai perkembangan terkini kertas siasatan bekas perdana menteri itu di PWTC, Kuala Lumpur hari ini.

Naib Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi lewat malam Rabu memaklumkan pengumuman berkaitan perkara itu akan dibuat oleh Tengku Adnan.

Zahid juga dilaporkan sebagai berkata mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno malam tadi tidak membincangkan perkara melibatkan jawatankuasa disiplin.

Sementara itu, mengulas mengenai ucapan dasar presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tengku Adnan berkata, semua perkara telah disentuh.

"Apa yang penting, presiden mahu kita semua bersolidriti bersatu, bersetia dan berkhidmat.

"Saya rasa mesej ini sudah sampai kepada perwakilan dan kita mahu pastikan bahawa satu lagi mesej sampai adalah untuk capai kemenangan di PRU14 (pilihan raya umum ke-14)," katanya.

Beliau turut berkeyakinan bahawa perwakilan yang hadir pada perhimpunan agung Umno telah mendapat penjelasan mengenai segala tohmahan yang dibuat terhadap dirinya.


Tiada ulasan: