Khamis, 10 Disember 2015

Kekecohan ketika jualan tiket di Shah Alam

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Kekecohan tercetus di Stadium Shah Alam selepas lebih 3,000 penyokong Selangor menyerbu ke arah pegawai tiket meminta penjelasan berhubung penjualan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia.
 
Tindakan dipercayai berpunca selepas semua 30,000 tiket perlawanan akhir habis dijual di kaunter tiket stadium tidak sampai sejam selepas kaunter dibuka jam 10 pagi tadi.
 
Kebanyakan penyokong juga tidak berpuas hati kerana gagal mendapatkan tiket selepas terpaksa beratur sepanjang 600 meter dan menunggu sejak dari jam 7 pagi lagi di perkarangan stadium.
 
Malah, mereka turut menuntut penjelasan daripada pegawai tiket yang berada di situ kerana seakan tidak logik 30,000 tiket habis dijual tidak sampai sejam.
 
Namun, pegawai tiket hanya berdiam dan tidak memberikan penjelasan kepada mereka berhubung penjualan tiket dan akhirnya penyokong bersurai 15 minit kemudian.
 
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk S Sivasundram berkata, sebanyak 20 kaunter tiket dibuka bagi memudahkan penjualan tiket kepada penyokong.
 
"Setiap kaunter menjual 1,500 keping tiket namun disebabkan begitu ramai yang datang mendapatkan tiket, ada kaunter yang ditutup awal selepas kehabisan tiket," katanya. Tinjauan pemberita mendapati penyokong mula berkumpul di perkarangan stadium sejak jam 7 pagi bagi mendapatkan tiket meskipun kaunter hanya dibuka jam 10 pagi.
 
 

Tiada ulasan: