Ahad, 6 Disember 2015

Janji semua orang boleh janji tapi ‘deliver’?


Mohamed Azmin
Azmin


BANGI – “Janji semua orang boleh janji... tapi ‘deliver’ itu soal yang berbeza,”demikian ulas Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali  berhubung  kenyataan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang mendakwa BN akan memberi pendidikan agama percuma jika berjaya merampas semula negeri ini.

Mohamed Azmin berkata, kini rakyat sudah hilang keyakinan kepada orang politik dan parti politik.
Justeru, katanya, PKR dan gabungan parti pembangkang mengambil iktibar pengalaman yang berlaku selama ini.

“Kita kena kembalikan keyakinan rakyat, apa yang kita janjikan mesti tunaikan, mesti pikul amanah dengan baik. Mengenai kenyataan Noh itu, bagi saya semua orang boleh janji tapi soal ‘deliver’ itu yang berbeza,” katanya.

Beliau berkata, Umno memerintah Selangor selama 50 tahun namun rekod menunjukkan pemerintah parti itu gagal  memenuhi kebajikan rakyat.

“Apakah rakyat yakin dengan mereka (BN), saya serahkan kepada rakyat... kita ada ‘success story’ sendiri yang boleh kita kongsi dengan rakyat negeri Selangor,” katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian  melaporkan BN Selangor menawarkan pendidikan percuma untuk sekolah agama sekiranya parti tersebut berjaya merampas semula negeri itu pada PRU14 akan datang.

Janji itu turut dikongsi Noh di akaun laman sosial miliknya, semalam.

“Kalau BN memerintah, kita janji sekolah agama ini semua percuma. Tak payah bayar macam sekolah kebangsaan,” katanya sebelum ini.


Tiada ulasan: